Pengarah
Mahdzir Othman telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Berhad pada 1 Ogos 2022.
Pengarah
En Rahimi Bin Ramli ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (Group Chief Financial Officer) MARA Corporation, dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman profesional dalam bidang kewangan, perakaunan, nasihat korporat, dan tadbir urus merangkumi amalan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta kumpulan perniagaan yang pelbagai.
Pengarah
Pn. Afifah Binti Sahib @ Mohamed Nor merupakan Setiausaha Bahagian (Bahagian Antarabangsa) di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau mempunyai kepakaran luas dalam pembangunan sosioekonomi, khususnya dalam pembangunan dasar dan perancangan strategik.
Pengarah
Dr. Azmi menyertai Lembaga Pengarah PMB Tijari Berhad (PMB Tijari) sebagai Pengarah pada 20 Julai 2023. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kanan (Pelaburan) di Majlis Amanah Rakyat (MARA).